|
NAMA : Mira Binti Narding UMUR : 47 Tahun AHLI : 2016 |
Latar belakang
Puan Mira Narding merupakan seorang wanita yang sangat aktif dalam pelbagai persatuan. Oleh yang demikian, beliau banyak berurusan bersama dengan Pusat Internet untuk kerja-kerja beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, beliau ada sedikit kemahiran ICT melalui pekerjaan lama beliau. Walaubagaimanapun, banyak perkara yang beliau sudah lupa dan tidak mahir dalam penggunaan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas-kelas yang di anjurkan oleh PI Felda Kemelah, beliau lebih yakin dan pantas dalam menyiapkan kerja-kerja yang diperlukan untuk persatuan beliau. Beliau juga turut membantu rakan-rakan beliau yang lain jika mereka ingin mendaftar atau menggunakan komputer dan internet.
–Belajar menaip melalui MS Word Office
-Belajar membuat resume butiran diri
-Belajar asas keusahawanan dengan membuat sebut harga, membuat resit.
-Belajar kemahiran penggunaan internet untuk mengisi borang online kad sihat johor
-Selepas mengikuti kelas –kelas serta program yang di anjurkan oleh PI Felda Kemelah beliau sudah mahir menggunakan computer dan juga boleh menaip surat tanpa bantuan petugas untuk mengajarnya. Beliau juga turut membantu rakan-rakan beliau untuk mendaftar online kad sihat johor.