mcmc
Maklumat Setempat

Sambutan Maulidurrasul 2016

Sambutan Maulidurasul Di Masjid Kamalulhidayah 

Pada 7 Januari yang lalu sambutan Maulidurasul telah diadakan di Masjid Kamalulhidayah Felda Kemelah. Sambutan ini sebagai memperingati hari kelahiran kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mengimarahkan majlis sambutan ini,  antara aktivi rewang bagi menyediakan juadah, pertandingan tilawah dan hafazan alquran untuk pelajar Sek.Agama Felda Kemelah,ianya dilakukan sehari sebelum majlis. Manakala program pada keesokan hari,  perarakan maulidurasul sambil berselawat dan juga ceramah agama. Semoga sambutan ini menjadikan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa mengingati dan merinduinya.