Kehidupan Berjalan Lancar Dengan Prasarana Lengkap
Kemudahan asas yang ada di kampung ini adalah seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik dan juga sistem komunikasi. Semua kemudahan ini diperolehi warga Felda tanpa masalah walaupun umum menganggap perkampungan Felda agak jauh di pedalaman. Sementara itu, beberapa kemudahan awam turut disediakan sama ada oleh pihak pengurusan Felda atau agensi-agensi kerajaan yang lain mahupun swasta. Antaranya, surau, balai raya, masjid, padang permainan dan padang bola.
Selain itu, kemudahan jalan raya yang berturap menghubungkan Felda ini bukan sahaja ke kampung-kampung sekitar tetapi juga ke bandar-bandar. Kewujudan jalan raya yang baik membolehkan kegiatan perniagaan, perhubungan dan lain-lain menjadi lebih lancar. Kemudahan bas awam Yow Hoe dari Labis ke Bandar Segamat boleh diperolehi setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga jam 6.00 petang, di samping perkhidmatan teksi atau kereta sewa. Berikut adalah kemudahan asas yang terdapat di Felda Kemelah :
|
BIL. |
JENIS |
TAHUN PEMBANGUNAN |
|
1. |
Pejabat Felda |
1966 |
|
2 |
Masjid Jamek |
1966 |
|
3 |
Sekolah Rendah |
1964 (lama), 1988 (baru) |
|
4 |
Balai Raya |
1963 |
|
5 |
Dewan |
2000 |
|
6 |
PNF/ D’MART |
1966 |
|
7 |
Pusat Kesihatan |
1970 |
|
8 |
Tadika Felda |
1978 |
|
9 |
Tadika Kemas |
2000 |
|
10 |
Padang Awam |
1978 |
|
11 |
Pondok Polis |
1974 |
|
12 |
Jalan Tar |
1982 |
|
13 |
Bekalan Elektrik |
1984 |
|
14 |
Rumah Kakitangan |
1966/ 74 |
|
15 |
Telefon Awam |
1990 |
|
16 |
Bekalan Air |
1968 |
|
17 |
Bilik Bacaan/ Perpustakaan Desa
|
2000 |