mcmc
Laporan Aktiviti

Hari Komuniti di PI Taman Yayasan & Kg Raja

 

Hari Komuniti Pusat Internet

 

Tempat : PI Taman Yayasan dan Pi1M Kg Raja

Masa    : August 2016

 

Pada bulan Ogos yang lepas telah diadakan Hari Komuniti & Majlis Perasmian bagi PI Taman Yayasan dan PI Kg Raja. Tujuan utama program ini di jalankan adalah untuk memperkenalkan PI kepada penduduk setempat kerana ini adalah pembukaan di tempat baru untuk PI Taman Yayasan dan juga PI Kg Raja. Terdapat 2 lagi PI yang berpindah ke tempat baru seperti PI Taman Perling dan PI Pekan Lenga.

Pelbagai aktiviti yang di sediakan ketika Hari Komuniti berlangsung, antara pertandingan mewarna untuk kanak-kanak sekolah tadika , pertandingan gubahan dan juga masakan untuk warga belia . Terdapat juga booth dari pihak TM , Klinik Kesihatan dan SKKM.

Hari Komuniti di Taman Yayasan telah di rasmikan oleh YB Nor Syidah Bt Ibrahim ADUN Buloh Kasap, manakala di Kg Raja telah di rasmi oleh YB Tuan Haji Ismail Bin Mohammad.

Semoga penubuhan Pusat Internet ini dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat .