
Jangan Terjebak Penyamaran Sebagai Pihak Berkuasa!!
Scammer menggunakan taktik licik dengan:
Menyamar sebagai pihak berkuasa dan mendakwa anda terlibat dalam kes jenayah.
Mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang sambil meminta maklumat peribadi.
Mengarahkan anda ke laman sesawang palsu yang menyerupai laman rasmi untuk memperdaya mangsa.
Lindungi Diri Anda dengan Langkah Bijak:
Jangan panik – kekal tenang dan analisis situasi.
Elak klik pada pautan yang meragukan atau mencurigakan.
Jangan dedahkan maklumat sensitif seperti butiran ID, akaun bank, atau kata laluan.
Padam dan abaikan mesej atau laman web yang kelihatan mencurigakan.
Sentiasa amalkan konsep 3S – Taktik Berkesan Lawan Scam:
Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
Jika anda menjadi mangsa:
Segera hubungi hotline bank anda; atau
Hubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997 (8 pagi – 8 malam, setiap hari); dan
Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia