mcmc
Keusahawanan

Usahawan Jus Mangga Segar

 

             Puan Hanim merupakan ushawati yang menjalan perniagaan Jus Mangga buatan sendiri yang di beri nama Jus Mangga Piauu . Ianya baru beberapa bulan beroperasi di Felda Kemelah. Beliau merupakan anak menantu peneroka Felda Kemelah. Tercetusnnya idea untuk mengeluarkan jus manga piauu ini apabila menerima kunjungan dari rakan sekolah dan mengesyor beliau memasarkan jus manga ini kerana tertarik dengan keenakan serta kesegaran dari pati buah manga. Beliau mempelajari membuat jus ini daripada bapanya sendiri. Selepas membuka tempahan kepada orang ramai ianya mendapat sambutan yang memberangsang dari orang ramai.

             Medium media sosial menjadi strategi marketing utama di gunakan untuk mempromosi perniagaannya. Selepas menghadiri kelas keusahawan yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia beliau lebih mudah mengendalikan akuan kira-kira bagi jualan produknya. Selain mendapat ilmu Puan Hanim memaklumkan beliau akan meluaskan perniagaannya dengan melantik agen-agen di sekitar segamat untuk memperkenalkan lagi produknya kepada pasaran luar.

               Jika ada yang berminat untuk merasai jus mangga ini, hendaklah menghubungi beliau dahulu untuk tempahan di talian 0172571849 bagi mengelakan kehabisan stok mangga sewaktu tempahan. Produk terbaru yang akan di pasarkan iairu jus tembikai susu dan juga epal laici dalam waktu terdekat ini.