AKTIVITI PEDI FELDA KEMELAH 2015
WAKTU PI BEROPERASI:
9 Pagi – 6 Petang (Setiap Hari)
8 Malam – 10 Malam (atas permintaan)
1 Petang – 2 Petang (Rehat)
*PI tidak beroperasi pada cuti umum
JADUAL LATIHAN DI Pi1M UNTUK BULAN JANUARI 2015
|
khamis |
JUMAAT |
SABTU |
|
|
12hb / 19hb / 26hb |
13hb / 20hb / 27hb |
||
|
Program Klik dan Bijak (KDB) |
10.00 a.m – 12.00 p.m |
||
|
Pengenalan Asas Komputer |
Pengenalan Facebook |
||
|
Modul Asas Komputer |
Modul Facebook |
||
|
3.00 p.m – 5.00 p.m |
|||
|
Pengenalan E – Mail |
Pengenalan Blog |
||
|
Modul E – Mail |
Modul Blog |
||
Perkhidmatan yang disediakan :
PI menawarkan latihan secara PERCUMA kepada ahli berdaftar. Antara jenis latihan yang disediakan ialah:
- Pengenalan asas komputer
- Asas internet
- Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e- pembelajaran, e-dagang)
- Desktop publishing seperti Microsoft Office
PI juga turut menawarkan perkhidmatan internet jalur lebar, printing, scanning, fotostat, laminate, binding dan menyediakan zon internet tanpa wayar (wifi zone).
aktiviti lain akan diteruskan setelah Pi1M selesai urusan pengubahsuaian bangunan
Aktiviti Terbaru yang dijalankan :
Kempen Pengguna Bijak dan Keusahawanan ( KPBU) ini adalah untuk menarik minat komuniti yang belum mendaftarkan diri sebagai ahli PEDi. Program nie adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Komuniti yang memasuki program ini akan mendapat sedikit cedermata daripada pihak PEDi Kategori yang layak menyertai program ini adalah kategori daripada belia, dewasa dan warga emas. Kempen ini bukan sahaja bertujuan untuk menarik minat komuniti untuk menjadi ahli tetapi para petugas PI juga menerangkan akan kelebihan yang ada didalam PEDi Program ini telah pun bermula dari bulan November 2013 sehingga April 2014. PIhak PI mengalu-alukan kedatangan semua komuniti untuk menyertai program ini selagi peluang masih ada.
Aktiviti PEDi yang telah dijalankan :
Baru-baru ini, pada 14hb Mei 2010, PI Felda Kemelah telah mengadakan program Hari Bersama PEDI di PEDi Felda Kemelah. Program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan PEDi kepada masyarakat setempat. Ianya melibatkan masyarakat setempat dan juga orang–orang penting yang menguruskan Felda Kemelah. Dalam program ini, PEDi telah mengadakan sesi mengenalkan “Apa itu PEDi?” kepada masyarakat setempat dan seterusnya mempromosikan PEDi. Hal ini kerana terdapat beberapa pihak yang masih belum mentedari kewujudan PEDi fasa Felda yang masih baru lagi.
Program ini juga melibatkan kerjasama daripada pihak atasan iaitu TM Berhad dan juga MSD Digital Intelligence. Wakil-wakil daripada pihak atasan bersama-sama berganding bahu dengan petugas PEDi Felda Kemelah dalam menjayakan program ini. Beberapa hari sebelum program ini berlangsung, PI Felda Kemelah telah menjalankan aktiviti bersama belia, kaum wanita dan juga pelajar sekolah menengah. Antara program yang dijalankan ialah :
- Belia – Program keusahawanan secara online di www.mpeb.gov.my
- Wanita – Mencari resepi secara online di
- Pelajar Sekolah – Belajar membuat scrapbook secara online di
Objektif PI pada hari berkenaan telah tercapai dengan jayanya. Hal ini kerana pengurusan PI telah berjaya mengajak penduduk setempat mengenali PEDi, menambah bilangan ahli PEDi dan juga dapat menjalankan program bersama masyarakat setempat. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat
