BASMI AEDES BERSAMA KOSPEN FELDA KEMELAH
HARI : JUMAAT (24.02.2017)
MASA : 8.00 PAGI- 11.OO PAGI
TEMPAT : RUMAH EN MARMON (PERINGKAT 4)
Pagi tadi telah berlansung gotong royong di rumah En Marmon (346) ,kerana baru-baru ini ahli keluarga beliau telah meninggal dunia akibat denggi berdarah. Untuk mengelak denggi ini meragut nyawa orang lain di kawasan berhampiran, pihak KOSPEN Kemelah bersama Jabatan Kesihatan Segamat melakukan gotong royong dan pemeriksaan pembiakan aedes darirumah ke rumah di sekitar peringkat 4.
Penduduk peringkat 4 di beri pendedahkan mengenai cara pembersihan kawasan pembiakan aedes di dalam dan di luar rumah selain pemeriksaan juga telah di buat dari rumah kerumah.
Jagalah kebersihan di kawasan persekitaran rumah kita, elakkan daripada air yang bertakung bagi mengelakkan pembiakan jentik-jentik yang boleh menyebabkan nyamuk aedes yang membawa wabak denggi .
segala tong-tong yang airnya bertakung perlu di terbalikkan

kerja-kerja membasmi jentik-jentik

jentik-jentik

penerangan oleh pegawai kesihatan

pemeriksaan di rumah tok ketua