mcmc
Laporan Aktiviti

BAZAR RAYA NADI 2026

Bazar Raya NADI 2026 kembali memeriahkan suasana Ramadan dengan pelbagai aktiviti menarik dan sambutan yang sangat menggalakkan daripada komuniti setempat! Bertempat di NADI Felda Kemelah, program ini menjadi platform terbaik untuk usahawan tempatan memperkenalkan produk mereka sambil mengeratkan hubungan silaturahim.

Sepanjang program berlangsung, pengunjung dapat menikmati pelbagai tarikan seperti:
🌟 Jualan produk usahawan (kuih raya, kerepek, dessert, perfume & aksesori)
🌟 Kaunter Amil Zakat
🌟 Saringan kesihatan & pemeriksaan kolesterol
🌟 Pertandingan anyaman ketupat & mewarna kanak-kanak
🌟 Aktiviti komuniti yang santai dan bermanfaat

Suasana bazar yang meriah dengan kehadiran pengunjung dari pelbagai peringkat umur jelas menunjukkan sokongan padu terhadap program ini. Selain membeli-belah, pengunjung juga dapat menimba ilmu serta mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak NADI.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Bazar Raya NADI 2026. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memperkasa komuniti dan usahawan tempatan. 💛

Gambar disini