Tujuan:
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas visual komunikasi bagi membantu mereka menyampaikan maklumat, idea dan mesej dengan lebih jelas, kreatif serta berkesan melalui penggunaan elemen visual yang sesuai.
Aktiviti:
Peserta diperkenalkan kepada konsep asas visual komunikasi seperti penggunaan warna, tipografi, susun atur dan imej dalam reka bentuk. Sesi turut melibatkan latihan menghasilkan poster atau bahan promosi digital yang menarik menggunakan aplikasi reka bentuk, serta aktiviti mengenal pasti elemen visual yang berkesan dalam penyampaian maklumat.