Bagi memastikan setiap orang dilindungi daripada jangkitan #COVID19, Program Imunisasi #COVID19 (PICK)-Remaja telah dilaksanakan sejak 8 September yang lalu. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting dalam memastikan anak-anak mereka mendapat dos lengkap vaksin #COVID19 serta memantau keadaan mereka selepas divaksin.
Setakat 2 Oktober 2021 (11.59 malam),
• 3% telah melengkapi vaksinasi
• 53% telah mendapat sekurang-kurangnya 1 dos
Untuk info lanjut tentang status terkini vaksinasi remaja, layari laman sesawang https://covidnow.moh.gov.my
