|
TUJUAN : Jihad AADK ini adalah anjuran dari angensi AADK yang bergabung dengan beberapa NGO termasuklah dengan NADI.Siri Jelajah Johor Iltizam Hapus Ancaman Dadah atau lebih dikenali sebagai JIHAD, adalah inisiatif yang diwujudkan untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah di negeri Johor. Program ini telah dirancang dengan teliti oleh kerajaan negeri dan pelbagai pihak yang terlibat dalam usaha membanteras dadah. Melalui program ini, kita berharap dapat menjangkaui komuniti dan memberi mereka pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk melindungi diri dari bahaya dadah. Pihak NADI di jemput untuk memperkenalkan NADI di komuniti setempat.
AKTIVITI :
-membuka booth untuk memperkenalkan NADI
-aktiviti puzzle untuk kanak-kanak
-pendaftaran ahli