KEMPEN KLIK DENGAN BIJAK
Tujuan utama kempen ini adalah mempromosikan aktiviti Pusat Internet dan kempen keselamatan serta kesedaran internet melalui edaran risalah dan video keselamatan di internet. Melalui pendekatan ini dapat memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai klik dengan bijak ,selain dapat memperkernalkan Pusat Internet di mata luar. Jika tiada pendedahan keselamatan internet maka akan berleluasalah kes-kes penipuan melalui internet seperti scam love , penipuan jualan online dan kes-kes yang berkaitan dengan internet. Melalui kempen ini juga dapat memberi peringatan dan langkah berwaspada jika mengalami kes-kes penipuan ini.







