|
NAMA : Mira Binti Narding UMUR : 47 Tahun AHLI : 2016 |
Latar belakang
Mira binti narding wanita berusia 47tahun merupakan ibu kepada 11 orang cahayamata berasal dari Sabah , selepas berkahwin beliau menetap di klang selangor, selepas itu beliau berhijrah di Felda Kemelah mengikut suaminya. Banyak aktiviti beliau lakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas berhijrah. Kemudian dia berjinak² membuat perniagaan telur pindang secara kecil -kecilan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, jika sebelum ini beliau hanya berjual secara kecil-kecilan hanya dengan menghantar di kedai-kedai makan sesekali di memuat naik di dalam FB tetapi tidak kerap, pendapatannya juga sederhana sekitar 200-250biji telur sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, beliau belajar dengan lebih meluas tentang tips-tips mempromosikan telur pindang nya bukan hanya melalui Fb , malah di Whatapps dan juga media sosial lain, serta beliau belajar strategi soft posting untuk menarik minat pelanggan untuk membeli. Pendapatan juga meningkat dari 200 biji ke hampir 1000biji telur telah terjual.
Antara yang di pelajari di PI Felda Kemelah ialah :
- -Membuat iklan-iklan produk di facebook, cara edit dan masukkan gambar
- -Belajar cara membuat posting di media sosial.
- PI juga membantu mempromosikan produk
- Memberi tunjuk ajar cara penggunaan computer dan internet.
- Aplikasi Dashboard juga banyak memberikan impak kepada hasil jualan produknya



