|
NAMA : ELIZA BINTI MASIRAN UMUR : 34 TAHUN AHLI : 2016 |
Latar belakang
Puan Eliza merupakan seorang surirumah yang mempunyai tiga orang anak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Untuk memenuhi masa lapang, beliau melibatkan diri dalam kumpulan zapin yang diberi nama ‘Golden Shining team (GST)’. Kumpulan zapin ini terdiri daripada surirumah, belia dan pelajar sekolah rendah.Pencapaian kumpulan tarian zapin GST pada mulanya hanya sekitar Felda Kemelah dengan memenuhi undangan untuk persembahan pada majlis perkahwinan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak PI Felda Kemelah, Puan Eliza telah cuba mempromosikan perkhidmatan zapin GST di dalam talian melalui facebook dan juga myshop (dashboard komuniti). Promosi melalui internet ini lebih baik kerana orang ramai boleh melihat dengan teliti cara persembahan dan keunikan tarian zapin yang disampaikan oleh kumpulan GST. Tempahan-tempahan dari luar Felda Kemelah juga diterima dari sekitar Segamat dan Melaka.
- -Mempromosi perkhidmatan persembahan zapin di atas talian (myshop)
- -Kepentingan berniaga di dalam talian
-
- -Belajar menaip dengan betul menggunakan papan kekunci
-Cara edit dan masukkan gambar di dalam internet
Beliau berterima kasih kepada petugas kerana banyak membantu mempromosikan produk kecantikannya di pasaran luar dan kerana PI Felda Kemelah juga mendedahkan beliau kepada dunia ICT.
Kumpulan Golden Shinning Team

Ketika sedang mengiklankan di Myshop
