|
NAMA : MOHD FUAD HUSAINI UMUR : 31 TAHUN AHLI : 2011 |
LATAR BELAKANG
Mohd Fuad merupakan seorang anak peneroka Felda Kemelah berusia 31 tahun , merupakan pegawai bank yang membuat pekerjaan sampingan sebagai penggubah pelamin dan juga hantaran. Jika sebelum ini beliau menjalankan hanya fokus pada penggubahan pelamin dan hantaran sahaja, kini beliau mencuba meluaskan perniagaannya kepada service penghantaran bunga dan kek kepada pelanggannya.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT DAN SELEPAS PENGLIBATAN PI
Sebelum ini pendapatannya kurang dari 2000 sebulan dan kebanyakan pelanggannya hanya di kalangan jiran dan juga rakan sekerja sahaja
Selepas penggunaan ICT, beliau banyak mempromosikan di media sosial dan menjadikan PI sebagai medium untuk beliau mempromosikan perniagaannya di luar kawasan Felda Kemelah terutama di bandar. Pendapatan nya juga meningkat dari kurang 2000 kepada lebih 3000 sebulan , permintaan jadi bertambah apabila musim cuti persekolahan dan juga sambutan hari-hari tertentu seperti hari ibu, hari guru atau sambutan hari jadi.




