mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN SUKU 1 2017

 

NAMA :NORHAYATI BINTI JAHORAN

UMUR : 34 TAHUN

AHLI   : 2010

LATAR BELAKANG

Norhayati Bte Joharan merupakan cucu peneroka di Felda Kemelah, sudah berumahtangga dan mempunyai 3 orang anak. Berkerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Bermula dengan menjual tudung dan kini beralih menjual produk kecantikan.

 

SEBELUM PENGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Saya mula menggunakan laman sosial di internet selepas menceburi bidang perniagaan di talian, jika sebelum ini saya bermula dengan menjual tudung di kalangan rakan-rakan kemudian saya beralih mempromosikan perniagaan tudung ke laman sosial dan sekarang saya menjual produk kecantikan.Ketika itu saya masih belum mengetahui mengenai perkhidmatan yang di sediakan di Pusat Internet .

 

SELEPAS PENGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Pada peringkat permulaan , saya mengetahui PI ini daripada anak, bermula dari itu ketika hari cuti saya cuba mengisi masa lapang dengan melayari internet dan juga mempromosikan jualan produk kecantikan saya di laman sosial, kemudian saya mengikuti hari dashboard di PI Felda Kemelah, dan baru lah saya mengetahui banyak kemudahan yang terdapat di PI ini, ianya sangat membantu usahawan kecil seperti saya ini untuk menambahkan pendapatan, selain kelas computer secara percuma, cas yang di kenakan untuk penggunaan computer juga murah,ketika hari dashboard saya dapat mengembangkan lagi perniagaan produk kecantikan saya dengan mempromosikannya di dalam aplikasi dashboard ini yang dapat meningkatkan hasil jualan saya.

Beliau berterima kasih kepada petugas kerana banyak membantu mempromosikan produk kecantikannya di pasaran luar dan kerana Pi1M Felda Kemelah juga mendedahkan beliau kepada dunia ICT.