|
NAMA : NOR AZAH BINTI TUMIN UMUR : 30 TAHUN AHLI : 2011 |
LATAR BELAKANG
Nor Azah bt Tumin merupakan seorang surirumah yang mempunyai tiga orang anak. Sebagai seorang surirumah tangga, beliau membuat perniagaan kecil-kecilan dengan menjual pelbagai produk seperti menjadi agen produk ‘Dexandra’, membuat tudung untk kanak-kanak, membuat doorgift untuk majlis-majlis termasuklah produk kerepek gunting tradisional.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT DAN SELEPAS PENGLIBATAN PI
Sebelum penglibatan dengan PI, beliau hanya menggunakan medium facebook peribadi untuk mengiklankan produk-produk jualan. Hasil pendapatan daripada jualan pada ketika itu adalah dalam lingkungan RM300 sebulan.
Dengan kesedaran bahawa medium pemasaran ‘online’ adalah medium terbaik, beliau selalu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti dan kelas-kelas keusahawanan yang dijalankan di PI. Hasil pembelajaran, beliau dapat mencari banyak lagi idea perniagaan dan pemasaran juga meluas bukan sahaja di Felda Kemelah, Segamat dan Felda Pemanis, tetapi juga sehingga ke Selangor. Pendapatan beliau bertambah dengan hasil jualan sehingga RM1000 sebulan.
Antara produk jualan Pun Aza kerepek gunting pedas

Puan Aza ketika hadir semasa hari dashboard

Puan Aza ketika memasukkan produk ke dalam my shop
