mcmc
Laporan Aktiviti

Kursus Refreshment Dashboard

 

 

 

Pada 26-29 Januari yang lalu telah diadakan kursus refreshment dashboard untuk penolong pengurus. Objektif utama kursus ini diadakan untuk mengimbas kembali mengenai dashboard yang merupakan aplikasi baru yang boleh digunakan oleh komuniti setempat. Terdapat sub menu yang telah di masukan ke dalam aplikasi ini antaranya MyKomuniti, MySoal, MySkool, MyKarier, MyShop, MyHealth. Setiap sub menu yang di sediakan di dashboard mempunyai kegunaan tersendiri, contoh MyShop khas untuk usahawan untuk mengiklan produk atau perkhimatan,manakala MyKomuniti pula adalah medium hebahan untuk komuniti setempat seperti berita kematian ,walimatus urus dan status berita-berita terkini.

Buat penduduk Felda Kemelah atau yang berhampiran dengan Pusat Internet boleh lah ke sana untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi dashboard ini, rebutlah peluang yang telah di sediakan kerana aplikasi ini adalah percuma untuk ahli yang berdaftar.