Kursus Tahunan Penolong Pengurus
Tarikh : 12-25 April 2016
Masa :9.00-6.00 Petang
Tempat :Holiday Villa Subang, Kuala Lumpur
Kursus tahunan ini adalah untuk penolong pengurus Pusat Internet mengetahui sistem kerja yang perlu di laksanakan oleh petugas apabila sudah memulakan tugas, setiap perkara di kupas oleh pihak pengurusan untuk memberi pendedahan kepada petugas tentang cara kerja yang di kehendaki oleh pihak TM dan juga SKKM.
Objektif penubuhan Pusat Internet ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet juga di laksanakan sebagai Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyedikan latihan ICT kepada komuniti sekitar.
Antara yang di titik berat oleh pihak pengurusan adalah KPI iaitu tahap prestasi petugas dan bagaimana komuniti mengunakan kemudahan yang di sediakan oleh Pusat Internet bagi mencapai matlamat SKKM merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dan bandar.
{gallery}KursusTahunanAM{gallery}