mcmc
Laporan Aktiviti

Mahir Jahit NADI

Tujuan : Tujuan program Mahir Jahit NADI kali ini ialah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran para pelajar dalam seni jahitan tradisional, khususnya jahitan baju kurung kebarung. Melalui pembelajaran ini, para pelajar dapat menguasai teknik asas menjahit dengan betul, memahami pola dan ukuran, serta memupuk minat dalam bidang fesyen dan kraftangan.

Aktiviti : Aktiviti bermula dengan penerangan dan demonstrasi oleh tenaga pengajar mengenai langkah-langkah menjahit baju kurung kebarung dengan kemas dan teratur. Para pelajar seterusnya berpeluang untuk mencuba sendiri membuat jahitan di rumah berdasarkan tunjuk ajar yang diberikan. Mereka digalakkan untuk mempraktikkan semula ilmu yang dipelajari, membuat latihan berulang kali, dan membawa hasil kerja mereka untuk dikongsi dan dinilai bagi memastikan penguasaan kemahiran yang lebih baik.

Gambar Disni