mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

Persempadanan Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan

     Felda Kemelah merupakan salah satu kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Daerah Segamat. Segamat adalah antara 11 daerah di Negeri Johor yang bersempadan dengan tiga Negeri di Malaysia iaitu Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

 

     Setelah menempuh 7 km untuk masuk ke Felda Kemelah yang memakan masa kira-kira 10 minit, satu pintu gerbang yang setinggi 4.5 meter persegi menandakan kawasan Felda Kemelah. Penduduk Felda Kemelah mempunyai dua pilihan yang terdekat untuk mencari barangan keperluan samada di Pekan Tenang Stesen mahupun Bandar Segamat.

     Sebanyak 437 rumah peneroka induk yang tidak termasuk rumah Peneroka Generasi Kedua dan rumah tambahan dibina di Felda Kemelah. Peneroka mula ditempatkan di Felda ini bermula pada tahun 1963 dengan tanaman utamanya tanaman getah dan telah berkembang dengan kemasukan ramai lagi peneroka baharu dengan tanaman kelapa sawit. Oleh yang demikian, Peneroka Felda Kemelah mempunyai samada tanaman getah dan kelapa sawit ataupun kelapa sawit.

      Adun Felda Kemelah pada ketika ini adalah YB Saraswathy A/P Nallathamby dan Ahli Parlimen Sekijang YB Dr Zaliha Binti Mustafa.