mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Ekonomi Digital Felda Kemelah

 

 

 

PENGENALAN PUSAT EKONOMI DIGITAL FELDA KEMELAH

      PUSAT EKONOMI DIGITAL  Felda Kemelah, Segamat, Johor, mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 424 PEDi telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat agar Pusat Ekonomi Digital Felda Kemelah dapat merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar denganwawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

     Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PEDi diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia,kesihatan, pendidikan, e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government).

• e-Pembelajaran (e-Learning).

• Pengumpulan dan pertukaran maklumat.

• Pusat Komunikasi.

• Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian.

• Pusat peperiksaan dan persijilan.

Pusat Kursus Keusahawanan

 

 

OKJEKTIF PENUBUHAN

• Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat

• Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat terhadap teknologi maklumat dan internet

• Meningkatkan  taraf ekonomi sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang di jalankan di PI

• Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

 PEDi FELDA KEMELAH

Pusat Ekonomi Digital (PEDi Felda Kemelah mula beroperasi pada April 2010. Ianya terletak di bangunan Balai Raya Felda Kemelah, iaitu bersebelah dengan gelanggang futsal belia. Sehingga Julai 2023, PEDi Felda Kemelah mempunyai ahli berdaftar seramai 1525 orang.