MEMBUDAYAKAN GHAZAL
Felda Kemelah dihuni kira-kira 2,155 orang daripada 431 buah keluarga peneroka yang kesemuanya berbangsa Melayu. Pada peringkat awal, Felda ini hanya diteroka oleh 133 keluarga yang meneroka seluas lapan ekar tanah bagi setiap keluarga. Kebanyakan peneroka adalah warga tua, tetapi begitu kuat berpegang kepada adat kesenian Johor terutama muzik Ghazal. Ia menjadi hobi ketika masa lapang atau pada waktu-waktu selepas bekerja di ladang. Bagi golongan tua yang menjadi pemain muzik serta penyanyi, bermain muzik ghazal bukanlah sesuatu yang rumit. Namun begitu, minat yang mendalam penting untuk membentuk sebuah kumpulan muzik ghazal yang baik walaupun kurang dihayati oleh anak-anak muda.
Pada majlis-majlis tertentu, kumpulan ghazal ini masih lagi mendapat penghormatan baik daripada peneroka. Kumpulan ghazal ini sering dijemput untuk menghiburkan para tetamu pada majlis kenduri kahwin atau pun pada majlis-majlis anjuran FELDA. Ianya dimainkan bersama peralatan muzik seperti gendang tabla dan tamborin, muzik ghazal biasanya berima gambus, sekaligus membuai kesunyian malam.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai kumpulan ghazal ini boleh menghubungi En Ahad 0137441899 selaku pengelola kumpulan ghazal ini.
HOMESTAY
Inap Desa atau lebih di kenali dengan homestay sudah menjadi salah satu cabang perlancongan . Kebanyakan homestay ini banyak terdapat di kawasan perkampungan yang mempunyai tarikan seperti tempat yang menarik dan bersejarah .Di Felda Kemelah juga terdapat rumah-rumah rehat ini. Kebanyakan homestay disini di sewa untuk di jadikan rumah penanggah pengantin. Kewujudan homestay ini sedikit sebanyak boleh menaikkan nama Felda Kemelah pada orang luar.
Antara homestay yang terdapat di Felda Kemelah:-
Homestay Mohd Salleh : 0177161262
Homestay Redup : 0129945069



