Harta Yang Paling Bernilai
Pendidikan adalah jalan keluar dari kepompong kemiskinan. Melalui ketinggian ilmu, manusia akan lebih dihormati. Malah, sesebuah negara itu akan maju jika ramai rakyatnya mempunyai pendidikan yang tinggi. Memandangkan ilmu merupakan faktor terpenting bagi mengukur kejayaan, Felda memberi penekanan penting terhadap penguasaan akademik sejak anak-anak peneroka diperingkat Tadika lagi. Anak-anak Felda dapat bersekolah di Tadika Kemas Felda Kemelah yang dapat menampung sehingga 100 orang murid dalam satu-satu masa.
Diperingkat rendah, anak-anak peneroka bersekolah di Sekolah Rendah (Felda) Kemelah yang terletak dalam kawasan Felda sendiri. Sekolah rendah ini mempunyai satu sesi iaitu sesi pagi sahaja. Di peringkat menengah pula, mereka akan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Tenang Station yang letaknya sejauh enam kilometer. Sekolah menengah ini menjadi tumpuan majoriti anak-anak peneroka. Pada waktu petang pula, anak-anak akan menyambung persekolahan mereka di Sekolah Agama Felda Kemelah. Sekolah ini mempunyai 2 sesi iatu dari pukul 2.00 hingga 3.30 petang untuk Darjah 1 hingga 3. Manakala sesi pembelajaran murid Darjah 4 hingga 6 pula akan bermula pada pukul 3.30 hingga 6.30 petang. Untuk prasekolah tadika, waktu persekolahannya agak panjang iaitu dari pukul 2.00 hingga 6.00 petang.

Dalam pada itu, atas keprihatinan Felda, Skim Tuisyen Felda (STF) diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu. Melalui skim ini, anak-anak peneroka Felda diberikan kelas tuisyen secara percuma dengan kerjasama sekolah-sekolah berkenaan. Pihak pengurusan Felda memperuntukkan sejumlah 20 juta untuk melaksanakan STF di seluruh kawasan Felda seluruh negara.
Berikut adalah bilangan sekolah dan purata bilangan murid di Felda Kemelah :
|
Bil. Sekolah |
Jenis |
Jumlah Pelajar |
|
1 |
Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah |
|
|
1 |
Sekolah Agama Felda Kemelah |
|
|
1 |
Tadika Kemas Felda Kemelah |
|
