mcmc
Makanan

Soto Makanan Warisan Johor

 

 SOTO

 

Soto adalah gabungan nasi impit dengan sup ayam atau daging. Makanan ini sebenarnya berasal daripada indonesia, kehadiran orang indonesia yang mencari rezeki disini membawa fenomena soto ini sebagai sarapan pagi yang terkenal di Malaysia terutama di negeri Johor. Apabila soto memasuki negara kita hidangan ini di ubahsuai sedikit sebanyak mengikut selera orang tempatan dengan penambahan begedil kentang dan sambal kicap. Ia merupakan cabungan yang terbaik menjadikan soto ini lebih enak. Jika anda berkunjung ke Felda Kemelah Segamat, soto merupakan “signature dish ” disini, malah boleh di katakan setiap kedai@warung pasti mempunyai hidangan ini untuk sarapan pagi. 

Antara kedai yang menyediakan menu soto ini , Kedai Masdeen , Kedai makan Habibah, Kedai Makan Cham kesemua kedai-kedai ini terletak di Felda Kemelah Segamat. Dibuka hanya sebelah pagi sahaja.

 

 Jom kita pelajari pula cara membuat soto cara orang Johor:-

 

 

Bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia, serai, buah keras, perencah sup and sup bunjut (keluarkan dari kain pembungkus) and blender. Blender sampai bebetul hancur semua. Guna dalam dua cawan air untuk blender.

 Bahan untuk menumis. Bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, lada hitam and buah pelaga.

Panaskan minyak dalam 6 sudu (jangan banyak sangat), lepas tu leburkan semua kedalam kuali. Guna api sederhana. Tunggu sampai la naik bau and bebawang tu bertukar warna menjadik kaler oren.

Sementara itu, rebus la ayam dengan rangka ayam tadi. Air and ayam untuk di jadikan ayam carik di dalam soto.

Lepas bahan-bahan hiris tadi dah naik bau, masukkan bahan yang di kisar dengan lada sulah. Masak la sampai pecah minyak. Itu maksudnya rempah dah garing. Lagipon kalau rempah dah garing. kena sentisa kacau rempah tersebut untuk mengelak kan hangit.

Bila rempah tumisan tadi dah masak, masukan tumisan rempah itu ke dalam ayam rebus tadi, masukkan sekali 2 kiub ayam dengan 3 tangkai daun sup yang tak dipotong. Cuci bersih-bersih akar dia and masukkan semua sekali.

 

 

ayam yang di rebus tadi bolehlah di carik-carik untuk di masukan kedalam soto nanti.

Begedil ini yang menjadi pelengkap hidangan soto selain sambal kicap.

Sambal kicap 

 

Bahan-Bahan
 
Blender
 
  • 1 bijik bawang besar
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang kecik
  • Halia 2 inchi
  • Serai 3 batang
  • Buah Keras 4 bijik
  • Perencah sup Adabi (size kecik)
  • 1 bunjut sup ayam
  • Air

 

Bahan Tumis
 
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 3 ulas bawang merah – dihiris
  • ½ inchi halia – dimayang halus
  • 2 batang Kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 6 biji buah pelage
  • 10 tangkai bunga cengkih
  • Minyak untuk menggoreng
 
Bahan-Bahan Lain
 
  • Seekor rangka ayam
  • Seekor ayam dipotong 6
  • Setengah cawan susu cair
  • 2 ketul cube ayam
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Bergedil
  • Bawang Goreng
  • Daun Sup
  • Ketupat Segera
  • Suhun Goreng
  • Kacang Goreng

 

Sambal Kicap
 
  • Lada kecik 20 bijik
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • Gula
  • Kicap Manis Cap Kipas Udang

Kredit resepi dari Blog Chooyay Secret Garden