mcmc
Aktiviti Semasa

Program Cuti Sekolah Di NADI

Pada 22 hingga 29 Disember, pelbagai aktiviti cuti sekolah telah berjaya dianjurkan di NADI bagi memberi manfaat kepada kanak-kanak dan remaja setempat. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah MAHIR, KIDVENTURE, Tuisyen Kampung, E-Kelas Usahawan, E-Sukan, serta pelbagai lagi program berinformasi dan berimpak tinggi.

Penganjuran program ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar sepanjang cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah, di samping mencungkil minat, bakat dan kemahiran peserta dalam pelbagai bidang. Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk memperkenalkan program dan inisiatif yang terkandung dalam lima (5) Perkhidmatan Pintar NADI, agar masyarakat lebih memahami serta memanfaatkan kemudahan dan peluang yang disediakan.

Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan diharapkan dapat memberi impak positif serta pengalaman bermakna kepada para peserta, khususnya dalam membentuk generasi celik ilmu dan teknologi.

Gambar disini