PROGRAM INTERVENSI OPD BELIA SAKINAH BERASAMA KOMUNITI DI FELDA CHEMPELAK
Tarikh : 2 Jun 2016
Tempat : Dewan Serbaguna Felda Chempelak
Pada 2 Jun yang lepas telah diadakan Program Intervensi OPD Belia Sakinah, program ini merupakan program kesedaran untuk belia tentang kesalahan jenayah yang harus di jauhi. Ia merupakan kerjasama dengan pihak PDRM dan juga Jabatan penjara. Terdapat juga pemeran serta aktiviti lain yang di jalankan termasuk kem motivasi bagi belia -belia di Felda Chempelak. Pihak penjara juga membawa banduan yang mendapat parol untuk berkongsi kisah silam mereka ketika melakukan jenayah dan di penjara semoga ianya menjadi iktibar kepada orang lain.
Pusat Internet tidak ketinggalan melakukan program KDB kepada peserta-perseta kem motivasi tentang kesedaran dan keselamatan ketika melayari internet.Pada kali ini Pusat Internet mempertengahkan tajuk “bully cyber” atau buli di alam maya. Pada zaman teknologi moden ini buli bukan sahaja boleh di lukakan secara berhadapan atau bersemuka malah di dalam alam maya juga boleh terjadinya kes buli tanpa kita semua sedar. Buli cyber ini jika tidak di bendung boleh memberi tekanan kepada mangsa malah mangsa juga boleh melakukan perkara yang negatif jika perasaan rendah diri atau “self Down” ini tidak di atasi. Kebanyakkan kes ini berlaku di kalangan pelajar mahupun belia.
Wujudnya kempen klik dengan bijak (KDB) ini memberi kesedaran dan memberi info betapa pentingnya menggunakan internet dengan cara betul kerana penyalahangunaan internet boleh memudaratkan diri sendiri dan juga orang lain.











