mcmc
Produk Tempatan

Tempe Buatan Bumiputera

TEMPE

 

Jika dahulu bila disebut tempe mesti ramai yang mengaitkan tempe adalah makanan dari kalangan masyarakat jawa , tetapi sekarang sudah berubah, tempe sudah menjadi makanan yang popular di kalangan semua masyarakat kerana tempe sudah banyak di tranformasikan ke pelbagai jenis antaranya dijadikan sebagai kerepek, sambal kering tempe, nugget tempe malah ada juga menjadikan ia sate tempe.

                                                                  

 

                                                             

 

Tidak terlepas juga usahawan kecil dari Felda Kemelah menceburi dalam bidang pembuatan tempe. Ianya bermula apabila berkunjung ke rumah ibu saudara yang juga pengusaha tempe. Melihat cara pembuatan tempe yang menarik dan mudah oleh ibu saudaranya maka bermulalah minat bagi Mohd Arif Omar untuk mempelajari dan menceburi dalam bidang pembuatan tempe.Mohd Arif adalah generasi kedua Felda Kemelah dengan berbekal kan modal yang sedikit Mohd Arif menjalan kan perniagaan dari rumah sahaja. Pasaran tempenya di sekitar Felda Kemelah  dan dia berhasrat untuk meluaskan pasarannya ke pasaran luar seperti supermarket .Selain itu dia juga mempromosikan tempenya di laman sosial dan sedia menerima tempahan untuk peniaga kedai makanan atau untuk kenduri.

Sebarang pertanyaan mengenai perusahaan tempe atau ingin membuat tempahan boleh terus ke fb Mohd Ariff