Bakery dan pastry di Felda Kemelah
Industri bakery dan pastry adalah antara perniagaan yang paling “trendy” ketika ini, ramai peniaga-peniaga kecil di luar berjinak-jinak menceburi bidang ini kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran. Kebanyakan perniagaan ini di pelopori oleh kaum hawa terutama surirumah malah ada yang mempunyai kerjaya tetap menceburi bidang ini dek kerana minat .

Perniagaan ini bermula secara kecil-kecilan , merupakan seorang pendidik Norhayati Othman atau di kenali Cikgu Yati sudah cukup sinonim dengan “homemade bakery dan pastry.
Roti buatan nya yang sentiasa gebu dan segar mendapat tempat di hati pelanggan selain menawarkan harga yang berpatutan. Pasaran rotinya bukan sahaja di Felda Kemelah malah telah menembusi pasaran sekitarnya iaitu segamat dan juga labis.
Cikgu Yati juga mempunyai bakat dalam hiasan kek , selain tempahan roti beliau juga mengambil tempahan kek harijadi dan juga kek perkahwinan. Hasil yang menarik dengan harga yang berpatutan menjadikan keknya pilihan ramai.
Jika berminat dengan roti atau kek dari Cikgu Yati boleh membuat tempahan di media sosial (Facebook) Yati Othman atau boleh terus ke rumahnya di alamat 305 Felda Kemelah (0197776717)














