mcmc
Persatuan Wanita

Wanita Hari ini

 

 

Kesungguhan Kaum Wanita Dikagumi

            Wanita adalah pemangkin negara, begitu juga bagi wanita Kampung Felda Kemelah yang bergerak aktif menambah pendapatan keluarga. Kini, wanita tidak hanya terperap di dapur tetapi menjadi tulang belakang bagi para suami. Felda Kemelah juga menubuhkan Gerakan Pertubuhan Wanita (GPW) yang mengumpulkan isteri-isteri peneroka yang tidak bekerja. Walaupun kebanyakan daripada isteri peneroka adalah warga tua, kesedaran yang ditunjukkan dapat dilihat melalui kesungguhan mereka. Hal ini kerana terdapat pelbagai aktiviti yang telah disertai oleh mereka seperti :

 a. Kegiatan Kemasyarakatan                                                

> Menjalankan pertandingan seperti :

  • Pertandingan Masakan. 
  • Aktiviti gotong- royong antara blok dan tempat- tempat awam.


 b. Kegiatan Keagamaan

Menjalankan aktiviti  seperti :

  • Mengikuti kelas agama (membudayakan al-Quran) setiap hari Jumaat.
  • Mengadakan program yassin GPW dan blok setiap minggu / bulan.

c. Kegiatan Sosial/ Kemasyarakatan

> Menjalankan aktiviti seperti :

  • Belajar membuat gelang kristal bersama Program Pembangunan Wanita.


d. Kegiatan Keusahawanan

> Mengusahakan tanah terbiar untuk menambah tabung pertubuhan. Antara tanaman yang diusahakan adalah :    

  • Keledek dan  tebu.
  • Menerima tempahan jamuan dan persiapan dalam majlis atau jamuan.


e. Kegiatan Masa Lapang

> Mengadakan aktiviti seperti :

  • Belajar Menjahit.

Belajar mengaji Al-Quran